Pages

Friday, April 23, 2010

tutorial ~ sling bag ;)

kali ni nuhaz nak share ngan kawan2 cara2 tuk wat sling bag...


mari kita mulakan....



1) gunting 4 kpg kain saiz 15"x15"
(2 keping tuk bhgn dlm n 2 keping tuk bhgn luar)


2) utk tali : pjg 46" x lebar 8"


3) lipat 2 tuk dptkan garis tgh..then bhgn tepi lipat kedalam agar bertemu antara kedua2nya.


4) pastikan lipatan sama bertemu di garisan tengah tadi...

5) lipat skali lagi (seperti gambar di atas) n sematkan jarum agar memudahkan proses jahitan kita nnti ya!!

6) kain yang telah siap pin n sedia tuk dijahit ;)


7) Ini adalah kain yang telah siap dijahit keliling (kecuali bahagian atas beg)


8) pada hujung bucu kain yang siap dijahit td, bentukkan jd segitiga (spt gambar) tandakan ukuran 1 1/2" dr ujung segitiga


9) jahit kedua-dua belah (bahagian luar & dalam beg)


10) gunting bucu segitiga agar mudah utk diterbalikkan nnti n jahitan nmpak kemas :)


11) jahit tali pd bahagian luar beg..jarak dlm tali dalam 1 1/2 "


12) perkemaskan jahitan tali agar kelihatan kemas dan kukuh.




13) setelah siap jahit kedua2 belah tali, masukkan bhgn dlm kain tadi (pastikan bahagian terbalik dibahagian dalam ya..)


14) pin n jahit bahagian atas beg



15) utk penutup: potong 12" x 12"(2kpg sahaja) & cantumkan kedua2 nya




16) cantum penutup dgn badan beg.jarak dlm 2" dari bahagian atas beg yang jahit td :)


17) perkemaskan jahitan...utk penutup terpulang pada kawan2 samada nk letak butang atau pelekat kain sebagai kemasan penutupnya...nuhaz pakai pelekat je tp lupa lak nk snap gmbo lak..



18) Dan inilah hasilnya!!!!! dh siap :)...
mudah kan?? sape2 yg berminat lehla try wat ye...maafla klu ajaran nuhaz kurang memuaskan..al-maklumlah 'cikgu' pun lum khatam...hehehe masih byk kelemahannya...papepun "SeLamat menCuba.."


2 comments:

mangosteenskin said...

salam nuhaz!

great job dgn tutorial ni! mudah difahami. syabas!

nuhaz said...

tq mango ;)